Tuesday, June 1, 2021

Jenis-Jenis Masalah Disiplin dan Tingkah Laku

 KONSEP DISIPLIN DAN MASALAH DISIPLIN

1. Disiplin bertujuan untuk membantu murid-murid menjadi individu yang:

  • bertanggungjawab dan berkeyakinan diri
  • boleh berfikir untuk diri sendiri
  • prihatin terhadap orang lain
  • menjalani hidup yang berguna serta membawa kepada kepuasan diri

 

2.Choong Lean Keow (2009) mentakrifkan masalah disiplin sebagai tingkah laku yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Mengganggu pengajaran guru.
  • Mengganggu hak murid-murid untuk belajar.
  • Menimbulkan rasa kurang selamat murid dari segi psikologi dan fizikal.
  • Merosakkan harta.

 

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN


1.Masalah disiplin yang bersifat Destruktif

  • Tingkah laku anti-sosial
  • Tingkah laku menghancurkan atau memusnahkan
  • Sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun.
  • Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain.

²Contoh masalah disiplin destruktif

i. Memukul/ menumbuk

ii. Mengedar/ mengambil dadah

iii. Merosakkan harta benda awam

iv. Mencuri

v.  Menonton filem lucah

vi. Ponteng Kelas/ sekolah

vii. Melawan guru/ rakan

viii. Membuli

 

2. Masalah disiplin yang bersifat Disruptif

  • Tingkah laku yang mengacau dan menjejaskan aktiviti

²Contoh masalah disiplin disruptif

i. Tidak memberikan perhatian di dalam kelas

ii. Mengganggu rakan-rakan lain

iii. Tidak menyiapkan tugasan

iv. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran

v. Berlepak

vi. Menunjukkan sikap biadap kepada guru

vii. Lewat masuk ke kelas


KONSEP TINGKAH LAKU DAN MASALAH TINGKAH LAKU


  • Tingkah laku seseorang merangkumi semua perlakuan seesorang sama ada baik ataupun tidak.
  • Tingkah laku bermasalah pula merujuk kepada perlakuan yag tidak mengikut norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat.
  • Tingkah laku bermasalah juga merujuk pelakuan yang tidak sesuai dalam situasi-situasi tertentu.
  • Contohnya, menggendangkan meja, bercakap atau bersiul ketika guru sedang mengajar.

 

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH


i. Kurang memberi perhatian

  • Murid tidak mendengar apabila guru mengajar dan tidak fokus terhadap tugas yang diberikan.

ii. Hiperaktif

  • Murid ini tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.

iii. Sensitif

  • Murid ini sukar ditegur dan mudah merajuk, sentiasa memerlukan peneguhan dan sokongan.

iv. Apati

  • Murid ini bersikap tidak meghirau atau tidak kisah kepada arahan guru, tugasan atau aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas.

v. Sikap melengahkan kerja atau sambil lewa

  • Murid ini bersikap selamba dan melakukan tugasan mengikut jadualnya sendiri.

vi. Gemar bercakap

  • Murid ini, peramah, sentiasa bercakap walaupun ada tugasan yang perlu disiapkan. Dia akan banyak bertanya soalan kerana tidak mendengar arahan

vii. Mengganggu rakan sekelas atau membuli

  • Contohnya, memanggil nama rakan berualang kali dengan cara tidak betul, mengambil barang rakan dan membaling rakan.

viii. Berbohong

  • Contohnya, menyatakan kerja rumahnya sudah siap walaupun belum siap.

ix. Menimbulkan kekecohan atau bising dalam kelas

  • Murid mempunyai suara kuat, suka bagi pandangan dengan nada yang tingi dan berlagak dalam kelas.

x. Kurang sopan

  • Contohnya, menjawab soalan guru dengan nada suara yang menjengkelkan, menunjukan mimik muka dan membuat bunyi tidak puas hati.

xi. Mencuri

  • Murid ini mempunyai kecenderungan mengambil barang rakan atau barang guru.

xii. Pendiam

  • Murid ini tidak melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan kelas, lebih selesa duduk seorang diri, memerhati dan berkhayal.

xiii. Merosakkan harta benda dalam bilik darjah

  • Menconteng meja atau buku, khususnya buku rakan.

xiv. Mudah marah atau agresif

  • Kurang sabar dan cepat marah. Mencederakan rakan atau merosakan harta benda apabila marah.



Rujukan:

1. Atifah Ruzana Abd Wahab. (2017). Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/eepapoppins/jenis-masalah-disiplin-dan-tingkah-laku-bermasalah.

2. Mok Soon Sang. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Jenis-Jenis Masalah Disiplin dan Tingkah Laku

  KONSEP  DISIPLIN DAN MASALAH DISIPLIN 1.  Disiplin bertujuan untuk membantu murid-murid menjadi individu yang: b ertanggungjawab dan berke...